Insentif untuk penari Sabah Julang Malaysia di Jerman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang berbangga dengan kejayaan kumpulan penari dari Sabah mengharumkan nama Malaysia dan khususnya Sabah pada pertandingan Tarian Piala Dunia di Jerman baru-baru ini, mempertimbangkan insentif sesuai untuk mereka.

Beliau yang gembira dengan pencapaian kumpulan penari berkenaan yang memenangi dua pingat emas pada pertandingan itu, berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet negeri untuk dibincangkan.

“Saya mengucapkan tahniah, syabas dan cuba lagi di pertandingan yang lain supaya kita boleh lagi memperoleh banyak kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Maktab Sabah di sini pada Jumaat. Turut hadir Pengetua Maktab Sabah Datin Nuinda Alias.

Beliau berkata pemberian insentifberkenaanakanmemberi galakan kepada sekolah-sekolah lain di Sabah untuk mencatatkan kejayaan serupa.

Pada 4 Julai lalu, Matinin Sungkin,17, daripada kumpulan Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (Tobisa) yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud,memenangi pingat emas bagi acara Junior Solo manakala Adhli Fadhlullah Sa’adilah daripada Maktab Sabah menang pingat emas bagi kategori Senior Solo Modern -Any Style pada pertandingan berkenaan.

Pertandingan tarian berkenaan disertai kira-kira 40 buah negara.

“Ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak kita sama ada pelajar atau remaja kita mempunyai bakat, kesungguhan untuk bersaing di peringkat negeri Sabah, Malaysia malah peringkat dunia sehingga berjaya menang dalam pertandingan (tarian) bertaraf dunia ini,” katanya. -Bernama

MUSA (tengah) dan Nuinda bersama kakitangan, guru-guru dan pelajar Maktab Sabah di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada Jumaat.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow