Kematian Seorang Wanita disiasat Kes Pembunuhan

Kota Kinabalu: Kematian seorang wanita yang dikenali sebagai Lisabilah Dulima, 28, dari Kampung Tambalugu, Tuaran terus menjadi tanda tanya samaada disebabkan kemalangan jalanraya atau ada sebab lain.

Ketua Polis daerah  Kota Kinabalu, ACP M. Chandra memberitahu media kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Mangsa anak ketiga daripada empat beradik itu bekerja sebagai tukang jahit di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di sini.

Akhbar The Star melaporkan sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan rakannya di dalam kereta ketika sedang dalam perjalanan balik ke rumah.

Mangsa diturunkan di jalan Pintas Tuaran sebelum dilanggar dan maut di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, menurut maklumat awal yang diberikan oleh rakannya kepada polis, Lisabilah terbunuh selepas seorang peragut yang cuba merampas begnya telah mengheret mangsa kira-kira 200 meter.

Polis Kota menafikan yang mangsa terbabit dalam kes ragut mahupun samun.

Sementara itu polis ingin meminta kepada saksi yang melihat kejadian ini supaya tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan polis.


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow