Kenapa Kereta Berdaftar di Labuan disaman DBKK ?

[box type=”note” fontsize=”18″ radius=”15″]Artikel yang bertajuk “Perlukah pemilik kenderaan yang berdaftar di Labuan membeli kupon letak kereta di Bandaraya Kota Kinabalu” pertama kali disiarkan di sebuah portal atas talian LabuanTimes telah dikirim seorang pembaca di portal Suara Masyarakat Sabah yang mahu dikenali sebagai Bob Labuan bagi mendapatkan penjelasan dari pihak berkenaan.

Menurutnya lagi tindakan mempersoal undang-undang dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan di bandaraya Kota Kinabalu tidak seharusnya berlaku kerana samaada kita pelancong atau warga tempatan apabila kita memandu masuk kereta ke mana-mana negeri di Malaysia kita semua terikat kepada peraturan yang ditetapkan di kawasan itu. Luahan penulis di portal berkenaan adalah masalah peribadi penulis, samasekali tidak mewakili Warga Labuan[/box]

 [divide style=’dashs’ width=’long’]

Kupon Parking yang mesti dipamerkan di Bandaraya kota Kinabalu bagi mengelak disaman pihak berkuasa tempatan

Perlukah pemilik kenderaan yang berdaftar di Labuan membeli kupon letak kereta di Bandaraya Kota Kinabalu ?

Ini kerana, seandainya anda meletakkan kenderaan anda di sekitar kawasan letak kereta dalam bandaraya dalam tempoh jam tertentu iaitu pada hari bekerja, anda akan disaman oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana tidak mempamerkan kupon letak kereta.

Pernah pada tahun 2016 dahulu, penulis ketika menginap di salah sebuah hotel di kampung air semalaman telah disaman oleh pihak DBKK kerana tidak mempamerkan kupon letak kereta.

Sedangkan kenderaan kami berdaftar di Labuan dan kami datang dari Labuan untuk bercuti di Kota Kinabalu.

Namun, percutian terganggu dengan saman yang terpaksa kami bayar di tempat pembayaran saman DBKK yang terdapat di KK Plaza.

Apabila kami bertanya kenapa kereta dari Labuan juga turut disaman? Apakah kereta yang datang dari Brunei Darussalam dan Sarawak juga turut disaman?

Pegawai DBKK yang bertugas berkata, “Ya”.

Lantas soalan selanjutnya ialah, bukankah itu menyusahkan pelawat atau pelancong domestik yang datang dari luar Sabah seperti Labuan, Sarawak dan Brunei?

Pegawai itu berkata lagi, ada juga pemilik kenderaan dengan nombor pendaftaran Labuan yang bekerja dan tinggal di Kota Kinabalu.

Ianya mungkin sukar untuk dibezakan.

Pada ketika itu, penulis terpaksa membayar sejumlah saman yang dianggap ‘tidak adil’ bagi kereta yang berdaftar dan digunakan di Labuan.

Pada hemat penulis, ianya serba sedikit memberi gambaran yang tidak baik bagi pelawat atau pelancongan domestik yang mahu bercuti di Kota Kinabalu.

Pada tahun ini, sekali lagi penulis mengalami perkara yang sama yakni disaman setelah tinggal di hotel semalaman di kawasan yang sama iaitu kampung air di Kota Kinabalu.

Seperti sebelumnya, penulis terpaksa ke kaunter pembayaran saman DBKK di KK Plaza untuk meminta penjelasan.

Namun, pegawai yang bertugas mengatakan, sepatutnya pihak hotel memaklumkan kepada penyewa hotel untuk membeli kupon letak kereta terlebih dahulu bagi mereka yang membawa kenderaan jika hendak bermalam di hotel.

Jawapan pegawai tersebut tidak memuaskan dan sebenarnya kami telah berusaha untuk keluar lebih awal pada kali ini iaitu sebelum jam 8 pagi berbanding sebelumnya.

Setelah disaman pagi itu, kami bercadang untuk bersarapan di sekitar kawasan Lintas.

Usai bersarapan, kami dapati kereta kami sekali lagi disaman.

Kenapa bukan kupon yang menunjukkan jumlah yang perlu dibayar sebagai caj tempat letak kereta yang harus diberikan terlebih dahulu?

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah resit saman yang diutamakan.

Ianya tidak adil untuk kenderaan yang bukan berdaftar di Sabah dan pemiliknya pula tidak bermastautin di Sabah.

Antara Maklumbalas salah seorang pengguna dari Labuan – Suara Masyarakat Sabah

Bagaimana pula seandainya pemilik kenderaan yang berdaftar di Labuan hendak bergegas mengejar feri untuk balik ke Labuan seperti yang dialami oleh penulis pada kali pertama disaman?

Penulis terpaksa bersusah payah dalam keadaan bergegas untuk menyelesaikan saman di kaunter DBKK di KK Plaza sebelum balik ke Labuan.

Pihak DBKK diseru agar membuat satu mekanisme untuk membezakan kenderaan yang berdaftar di Sabah atau tidak.

Ianya melibatkan imej DBKK itu sendiri.

Ini kerana, pelawat yang datang dari luar Sabah dengan kenderaan mereka sudah pun membelanjakan sejumlah wang mereka di Kota Kinabalu yang sudah tentunya baik untuk ekonomi Sabah.

Sebagai contohnya, pelawat dari Brunei Darussalam yang kelihatannya kini gemar untuk berbelanja di Kota Kinabalu. Namun, ‘kebaikan’ mereka dengan berbelanja di Kota Kinabalu tiba-tiba dibalas dengan saman oleh pihak DBKK hanya kerana tidak memiliki kupon tempat letak kereta.

Sepatutnya, dengan masa yang terhad, mereka boleh melawat ke beberapa tempat lain di sekitar Kota Kinabalu atau tempat lain di Sabah.

Akibat disaman mereka terpaksa meluangkan masa untuk ke DBKK untuk membayar saman.

Bagaimana pula jika pemilik kenderaan yang berdaftar di Sabah dan bermastautin di Sabah datang bersama keluarga mereka untuk bercuti di Labuan, Sarawak atau Brunei.

Namun, disebabkan tidak memiliki kupon tempat letak kereta di Labuan, Sarawak atau Brunei, mereka disaman oleh pihak kerajaan tempatan di tempat yang mereka lawati.

Apakah mereka merasa adil?

Perkara ini mungkin nampak remeh, tetapi ianya harus diteliti agar tidak menyusahkan pihak lain. – LabuanTimes

Mantan Duta DBKK pun kena saman kalau tidak beli tiket parking

** Siuknya jadi pelancong kalau semua dapat ‘Free’. 

Berita berkaitan:

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow