Lahad Datu Kemuka Calon baharu ?

Desas desus mengenai kerusi Parlimen dan ADUN akan dilepaskan atau penyandang sekarang tidak mempertahankannya pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) terus menjadi topik perbualan hangat masyarakat setempat di bandar keempat terbesar di negeri ini daerah Lahad Datu.

Khabar angin yang bertiup dari Pantai Timur Sabah itu sudah mula tersebar di kedai-kedai kopi dan ia turut dikongsi di media sosial.

Melalui maklumat yang dikongsikan kepada Suara Masyarakat Sabah, seorang penyandangnya berniat untuk bersara dan melepaskan gelaran wakil rakyatnya pada PRU14 atas kehendak sendiri. Menurut sumber, pemimpin berkenaan kini  sudah berada di ‘puncak’ kerjaya dan perkhidmatan.

Sementara itu seorang lagi wakil rakyat di sini difahamkan turut tidak mempertahankan kerusi disandangnya di Lahad Datu sebaliknya beliau akan bertanding di luar Lahad Datu dan berkemungkinan ke daerah asalnya.

Dari Kiri Mantan ADUN Tungku, Allahyarham Datuk Mohd. Suhaili Said, Ahli Parlimen Silam, DATUK Datu Nasrun Datu Mansor dan ADUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal

Terdahulu pada bulan Mac lalu Wakil rakyat Tungku, telah dijemput ilahi meninggal dunia akibat sakit kanser hati.

Yang PASTI ada kerusi yang akan memerlukan sentuhan daripada orang baru manakala dua kerusi lagi belum ada pengumuman rasmi daripada pihak berkenaan.

Kali ini tumpuan kepada lima di antara mereka yang disebut-sebut sebagai pengganti pemimpin sedia ada di masa hadapan di daerah ini.

Susunan nombor dan  gambar bermula dari kiri

1. Tuan Haji Abdul Hakim Haji Ghulam Hassan

Tuan Haji Abdul Hakim Haji Ghulam Hassan adalah anak kepada Tuan Guru Haji Muda yang terkenal sebagai salah seorang Tokoh Agama Islam di Sabah. Kampungnya ialah di Kampung Bikang terletak dalam DUN Tungku.

2. Hajah Saleha Wahid

Pengerusi Perwani Parlimen Silam dan baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Sabah. Mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian sebelum tewas kepada Puan Mizma dalam pemilihan lepas

3. Ir. Rajesh Datuk Yusof

Pemimpin Pembangunan Masyarakat PPM DUN N.50 Lahad Datu, Setiausaha Bahagian UMNO Silam

4. Puan Mizma Appendullah

Ketua Wanita UMNO Silam

5. Tuan Haji Samsul Bahriy Marullah

Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah dan merupakan seorang dermawan tersohor di Pantai Timur Sabah. Beliau Seorang yang Warak dan turut aktif pergerakan tabligh. Sesetengah orang menganggap beliau ibarat raja kepada masyarakat Bugis selepas Datuk Osman Jamal.

Sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Mohd. Suhaili Said


Lihat juga Keputusan PRU lepas :

 

NEGERI SABAH : PARLIMEN SILAM

NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. APAS @ NAWAWIE BIN SAKING STAR841HILANG DEPOSIT
2. BADRULAMIN BIN BAHRON PKR9,671
3. DATU NASRUN BIN DATU MANSUR BN23,058MENANG
4. DUMI BIN PG. MASDAL BEBAS4,959

 

NEGERI : SABAH, BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.49 – TUNGKU

NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. ALIANDU BIN ENJIL SAPP912HILANG DEPOSIT
2. DATO’ MOHAMMAD YUSOF BIN APDAL BN12,949MENANG
3. HAMID AWONG @ ABDUL HAMID AWONG PKR4,534 
4. ARIFFIN BIN HAMID @ ALFA HAMID STAR341HILANG DEPOSIT

 

NEGERI : SABAH, BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.50 – LAHAD DATU

NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. TSEN YUN FAH @ MOHD. AZLAN TSEN ABDULLAH BEBAS96HILANG DEPOSIT
2. DATO SHUAIB BIN DATO MUTALIB SAPP373HILANG DEPOSIT
3. DATUK MOHD SUHAILI BIN SAID BN7,848MENANG
4. JOHANI BIN ABD HALIM PKR2,364
5. JOHAN BIN NUL STAR337HILANG DEPOSIT

 

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Discussion

  1. ahmad

    1,3 dan 4 sahaja yang layak….2 tu ppuan dan berumur klu blh bg org muda. yang 5 tu kan ada skandal di jabatan air, x layak lg pun bkn bumiputra

arrow