Lelaki ditemukan mati di tepi Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi Jalan Sepanggar berhampiran Institut Kemahiran Mara (IKM) malam Jumaat.

Mangsa Robert Liew Tak Nam, 50, warga tempatan ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 7.37 malam.

Ketua Polis Daerah Kota K ina balu Asisten K o misioner MChandra berkata mangsa yang diperiksa anggota perubatan kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati keluarganya mengesahkan mangsa menghidap penyakit tiroid dan sakit jantung.

“Mangsa juga dijadualkan mengambil ubat untuk penyakitnya setiap bulan di Hospital Queen Elizabeth (HQE),” katanya.

Chandra berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang perkaitan jenayah dan pemeriksaan pada badan mangsa juga tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow