Warga Tempatan Ditemui Mati Gantung Diri

KOTA KINABALU : Seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Faizal bin Mapain ditemui meninggal dunia dipercayai menggantung diri di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra dalam kenyataan ringkas menyatakan tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui dan siasatan ketika ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Siasatan awal di lokasi mendapati lelaki itu dalam keadaan tergantung dengan kabel telefon yang diikat pada pokok di tanah perkuburan Islam.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar tempat kejadian menemui beg sandang, telefon bimbit dan dompet yang mengandungi MyKad.

“Pemeriksaan pada tubuh lelaki itu tiada unsur-unsur jenayah dan paramedik dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang tiba mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Sementara itu seorang rakan mangsa turut terkejut dengan tindakan yang dilakukannya. Berikut tulisan asal dari rakannya di faecbook:

Dlm sebulan ni kita sgt2 rapat..
Kita cari rezeki brsama..kita krja biarpn panas mahupn hujan bersama..sa ingt lg mula2 ko smpai sni kk..ko ckp dgn sa ko mau bljr bermain gitar.. Sa pn ajarkn apa yg sa tahu tp mgkn bnyk yg ko xfhm..
Xsempat sa ajar apa yg sa tau ko suda pergi bt slamanyaa..
Sa mngis mon, knpa smpai bgni skali tindakan ko..sa sgt trkejut dn sedih atas apa yg berlaku..xku sangka ko pergi bt slamanyaa..
Sngaja ku simpan gambar ko d sni spaya suatu hari nnt bila sa lihat gmbr ko,sa akn ingt ko pnh susah sng dgn sa..1 ja mampu ku lakukan, ku panjangkn DOA smoga ko tenang d sna.. RIP faizal bin mapain..

Beliau turut memuatnaik beberapa gambar sebagai mengingati persahabatan mereka.

 

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow