‘Pakar’ Malaysia Agreement 1963 Siuk Sendiri ?

Malaysia Agreement 1963

YANG di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membidas kenyataan seorang Aktivis Hak Sabah yang kononnya seorang ‘Pakar’ berhubung Malaysia Agreement 1963 (MA63) atau Perjanjian Malaysia 1963 iaitu Zainnal Ajmain sebagai siuk sendiri.

Hujahnya ini kalau di Dewan Rakyat, dipanggil ‘Kong Kaling Kong’ ( Siok dengar hujah Sendiri) YB Bintulu PaMin Padila Mulia  (Klik Pautan)

Dalam satu video yang dimuatnaik di youtube, beliau telah ditanya oleh salah seorang yang hadir bertanya jika Pindaan Akta Malaysia tidak sah, macam mana kita bawa ini hal ke London, apa alasan kita untuk hal tersebut ( lebih kurang maksud soalan yang ditanya).

BERTANYA.. Datuk Kalakau Untol (Kanan) bertanya soalan kepada Zainnal Ajmain (kiri)

Berikut apa yang dikongsikan oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia melalui tulisan di facebook miliknya :

Zainal jawab, ’we have to creat a dispute’…Kita bawa usul ini di Dewan Rakyat…Kalau Pandikar tolak Usul itu…it is a dispute..”

Kalau konon saya tolak usul pembangkang baru lah bawa kes ke London.

Alah lah….lah…lah..

Dia tidak faham langsung prosedur Persidangan Dewan Rakyat tapi berani cakap begitu.

Dia tidak faham langsung doktrin “Seperation of Power” (Pengasingan Kuasa), dimana mahkamah tidak boleh masuk campur dengan urusan dewan.

Kalau mahkamah di Malaysia tidak boleh campur dgn keputusan, macam mana mahkamah London (negeri org lain) campur?

Dan itu Malaysian Agreement 63 bukan ada provisons bahawa kalau ada dispute boleh bawah pi Mahkamah London.

Matai lah aku bah oleh kumpulan ini.

Kalau dia ini MP, baru buka mulut MP lain ketawakan. Baru dua tiga ayat, MP Kinabatangan akan mencelah!

 

Aaaaaarrrrrrraaaaaaamaaaaaaiiiiiiiitttttttiiiiiiii! Ini, BARU lah!

Komen seorang pengguna facebook :

Kalaulah dispute membawa maksud usul yg ditolak oleh speaker dalam sidang parlimen, maka ketaralah cetek benar pengetahuan hamba Allah tersebut. Mana2 yg pernah belajar undang2, tahu asas terhadap dispute ialah pelanggaran terhadap keseluruhan atau klausa2 tertentu dalam sesuatu perjanjian. Malah dalam konsep pengasingan kuasa, hal2 yang diputuskan oleh parlimen tidak boleh dibicara di mahkamah atau dicabar di mahkamah. Sepatutnya mereka bawa perkara tersebut dengan menyatakan tuntutan yg jelas berdasarkan kepada bukti pelanggaran perjanjian. Itupun kalau keperluan itu ada kerana, jelas kita mempunyai written constitution yang memasukkan bahagian2 dalam perjanjian Malaysia 63 tersebut. Atau sayapun palui tidak tahu apa2 berbanding dgn saudara Zainal tersebut. Ini Barulah…Hisham Abdullah

Sehingga artikel dikongsikan Zainnal Ajmain belum memberi sebarang respon terhadap posting asal Tan Sri Pandikar Amin MuliaTan Sri Pandikar Amin Mulia.

Untuk memahami lebih jelas lagi Tonton sedutan Video yang dimaksudkan dalam artikel ini.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow