Pelajar di Tenom Maut Dilanggar Kereta

TENOM: Seorang pelajar perempuan tingkatan satu sekolah menengah di sini, maut dilanggar sebuah kenderaan jenis motokar di Kilometer 10 Jalan Tenom Keningau.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Supritenden Polis DSP Mohamad Firdaus Abdulah mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40, petang pada Khamis.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa, Novieranisah Shakila Punguh, 13, dari Kg.Lagud Tenom yang turun dari bas mini dari arah Tenom-Keningau, terus berlari ke seberang jalan melalui belakang bas.

Katanya, pemandu motokar gagal mengelak kerana jarak yang terlalu dekat lalu terlanggar mangsa.

Mangsa dikatakan tercampak ke bahu jalan dan dibawa oleh penduduk kampung ke Hospital Tenom.

Jelas Firdaus, mangsa yang cedera parah di kepala telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tenom.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow