Penyakit Mus May diketahui selepas koma

Tanda tanya apakah penyakit Mus (May) sehingga doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma akhirnya diketahui selepas beberapa ujian dilakukan bagi mengenal pasti penyakitnya.

Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang pada petang Rabu.

Sepupu Mus iaitu iaitu Kay Hashim berkata, doktor mengesahkan Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu lemah.

Tambahnya, penyanyi itu perlu menjalani rawatan plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.

“Pakar sudah melakukan beberapa ujian darah dan disahkan Mus negatif denggi atau leptospirosis (kencing tikus).

Sebaliknya kekurangan enzim dalam darah yang mungkin berpunca daripada keturunan.

“Pihak hospital memberikan rawatan plasma exchange agar Mus dapat pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, platlet darahnya juga sudah naik dari 8 ke 15,” ujarnya kepada mStar Online.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow