Rusa Sudah Masuk Jerat ?

Siapa Kata, Jufazli Shi Ahmad Tiada kes?

Sehingga ke hari ini, tiada kenyataan daripada pihak yang bertanggungjawab berkaitan siasatan melalui akta hasutan seksyen 4 Akta Hasutan 1948; seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikenakan ke atas Jufazli Shi Ahmad, seorang pemuda berasal daripada Semporna yang mempergunakan media sosial untuk berbagai dakwaan terhadap Datuk Seri Musa Aman dan Umno/Bn Sabah.

Hanya ada satu kenyataan, itupun dipaparkan melalui laman facebook Jufazli Shi Ahmad pada 1 Julai dan kenyataan itu diulang siar oleh portal pro pembangkang Freemalaysiatoday.com bertarikh 3 Julai, 2017.

Melalui tulisan pada page FB tersebut, pemuda itu, mengaitkan PDRM sebagai kuda tunggangan Musa, selain itu, membuat dakwaan melibatkan Putrajaya dan DS Najib Razak, bersengkokol dengan Musa melakukan jenayah merompak wang rakyat Sabah.

Melihat kepada posting baru pemuda itu, nyata sekali, dia membuat dakwaan fitnah dan bohong, kerana sehingga ke hari ini, hanya dua perkataan yang dia suka gunakan “merompak” dan “jenayah” namun tiada satu dokumenpun, yang dia boleh paparkan sebagai bukti. Dia bergantung kepada maklumat internet yang direkayasa oleh portal-portal luar negara, seperti Sarawak Reports dan laman sensawang Bruno Manser Fund (BMF), yang memangpun, diketahui sebagai maklumat palsu dan bohong.

Ada dua pertimbangan, jika dilakukan saman fitnah terhadap pemuda ini, apa kah dia mempunyai merit untuk disaman?

  • Apa kapasiti dia mengundang untuk disaman?
  • Apa tah lagi yang menyaman itu adalah Ketua Kerajaan.

Jufazli adalah seorang pemuda yang mabuk kepada nama. pemuda ini, menjadi “gila bayang” apabila dia gagal menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia, mewakili Sabah. Dia merasa yakin, akan menang, kerana bersandarkan kepada akademik, kerana dia pernah mendapat gelaran pelajar terbaik bagi peperiksaan STPM, selain itu, dia mempunyai double degree, Sarjana Muda dan Sarjana.

Berasaskan kepada kelayakan akademik itu, maka rasa mabuknya pada nama menyebabkan dia bernafsu mengejarnya, namun, hakikat yang dia tidak boleh terima, rakan sebayanya, iaitu belia, tidak memberi merit langsung kepada latar belakang akademik itu, dan dia gagal menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Oleh kerana sifat nafsunya pada nama, maka dia memilih Datuk Musa Aman, sebagai punching bag, dengan harapan, namanya menjulang. Benar juga, kerana tindakan dia itu, pihak polis menangkapnya, dan menyiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Apabila diteliti, tulisan-tulisan di laman sosial, khususnya Facebook, kemudian tulisan-tulisan itu disiar oleh portal berita pembangkang, ianya berkisar pada perkataan “merompak” dan “jenayah” dan semua paparan yang dimuat naik, hanya bersifat khayalan dan halusinisasi.

Sudah tentu, apabila siasatan dibuat, tukang siasat bertanya, apa yang dirompak? dan jenayah apa yang dilakukan? Pemuda itu, menuding pada laporan portal-portal seperti Sarawak Reports, dan dia sudah tentu memberi tahu pegawai penyiasat, bahawa dia hanya mengulang laporan-laporan itu.

Benar juga, jika diteliti, apa yang dimuat naik oleh pemuda itu, ‘sebiji” dengan laporan-laporan palsu portal-portal luar negara.

Namun, berasaskan kepada dakwaan terbaru pemuda itu, melalui laman facebook jufazli Shi Ahmad, dengan mendakwa PDRM adalah kuda tunggangan Musa, maka dia sedang berhadapan dengan kes baru, yakni dengan PDRM.

Kata orang, rusa sentiasa lupa pada jerat, tetapi jerat tidak pernah lupa pada rusa. Menerusi dakwaan terbaru ini, rusa sudah masuk jerat.

Tahniah Jufazli, kerana kegirangan dengan kenyataan sendiri, maka memerangkap diri sendiri.

Menerusi dakwaan terbaru ini, harap-harap 6 peguam yang kononnya menjadi peguam unggul, kerana telah menang sebelum bersabung, akan membuktikan, apa kah pada kali ini, masih menang, sebelum bersabung.

Sumber: Musram Rakunman (Penulis Blog & Penulis Buku)

BACA JUGA:

Julfazli Shi Ahmad paparan yang dimuatnaik di media sosial bersifat khayalan dan halusinasi menarik perhatian Parti DAP Sabah dan kini berjuang bersama parti berkenaan selepas menerima jawatan yang ditawarkan kepadanya

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow