Siapa ganti Jumat Idris ?

Siapa ganti Jumat Idris

PERINGATAN: Suara Masyarakat Sabah tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang dilontakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Peribahasa melayu yang berbunyi terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya mengingatkan kita kepada nasib ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun gara-gara ucapan/kenyataannya pada tahun 2014.

Keputusan dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO itu susulan tindakannya membuat kenyataan/dakwaan secara melulu dan tidak berasas terhadap parti dan kepimpinan parti peringkat negeri.

Jumat secara terbuka mengkritik kepimpinan Umno negeri  di media sosial dan di media-media tempatan namun dakwaan/kritikan itu tidak pernah disuarakannya dalam mesyuarat UMNO negeri atau berbincang dengan barisan EXCO negeri.


Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini adalah Presiden Parti Warisan Sabah, parti pembangkang di Sabah

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepanggar turut dilucutkan daripada tugasnya selama tempoh penggantungannya dan tugas itu kini diambil alih timbalannya sebagai pemangku.

Tempoh penggantungan Jumat yang sepatutnya berakhir pada tahun 2020 sudahpun dikurangkan selepas rayuannya dipertimbangkan dan diterima.

Difahamkan hukumannya dikurangkan kepada satu penggal atau 3 tahun (Yang mana paling akhir. Dalam situasi terkini hukuman akan berakhir pada hujung penggal ini sebab tempoh 3 tahun sudah lepas.

Selama tempoh penggantungan keahliannya dalam UMNO, Jumat Idris secara automatik Hilang Hak Calon UMNO dalam PRU14.

Adakah Sepanggar masih terus mengharapkan Jumat ? Jawapannya tepuk dada tanya selera. Berilah ruang kepada Jumat menjalani dengan tenang hukumannya kerana jentera parti tidak pernah berhenti bekerja malah terus melangkah ke depan meneruskan perjuangan.

Persoalan seterusnya, Siapa Ganti Jumat ?

Ramai yang merasakan dirinya layak dan berminat jika diletakkan sebagai calon parlimen Sepanggar. Namun tumpuan ditumpukan kepada tiga nama besar ini manakala nama lain akan dikemaskini kemudian.

Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid
JAINAB (dua dari kanan) meninjau lokasi-lokasi minyak masak bersubsidi

Ketua Wanita UMNO bahagian Sepanggar iaitu Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (DUN) Karambunai adalah antara yang berpengalaman di Parlimen Sepanggar.

Datuk Haji Yakub Khan
YAKUB Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional menyampaikan cek kepada Usahawan TEKUN Cawangan Sepanggar

Datuk Haji Yakub Khan antara calon sesuai mengisi kerusi parlimen Sepanggar berdasarkan pengalaman beliau pernah menjadi Ketua Pemuda bahagian Sepanggar. Beliau kini menjalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Bahagian Umno Sepanggar mengambil alih tugas daripada  Datuk Jumat Idris.

Datuk Haji Yakub Khan adalah Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional.

Mohd Joh Bin Haji Wid
Joh Wid menjadi jambatan yang menghubungkan Pengikut media sosial  CM yang menggelarkan diri mereka CM Likers dengan YAB Ketua Menteri selepas berjaya merealisasikan Impian mereka untuk diberikan ruang bersama Ketua Menteri Sabah di dalam satu majlis santai iaitu  program Stay-Stay Bosku pada Mac lepas

Mohd Joh Haji Wid antara pemimpin muda di negeri Sabah yang wajar diberikan lebih ruang dan peluang di Sepanggar. Sukar menemui pemimpin muda yang mempunyai pengalaman luas bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Sepanggar dan pada tahun sama dilantik menjadi Pegawai Khas kepada ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Pemuda UMNO negeri sebelum menjadi Naib Ketua pemuda UMNO negeri.  Jawatan beliau di dalam parti terkini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Sepanggar.

Joh Wid berkongsi pandangan peribadi beliau mengenai  SEPANGGAR- Potensi Hab Industri Kreatif Negeri Sabah – yang dipaparkan di laman web peribadinya. Klik pautan [ http://www.johwid.com]

Mohd Joh Haji Wid adalah Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah

Bagaimana dengan Rahman Dahlan ?
RAHMAN menyerahkan dua kenderaan van untuk komuniti Kristian di Kota Belud

Melihat daripada Reaksi Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud dalam beberapa kenyataan media beliau yang terdahulu jelas beliau masih mahu mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU13 itu.

Tiada seorang pun yang tahu siapakah calon paling layak dipilih kerana semuanya memang mampu menggalas tanggungjawab itu. Namun bagaimana pula suara dari akar umbi pengundi di Parlimen Sepanggar,  siapakah yang kamu mahu diketengahkan pada PRU 14  ?

LAHAD DATU Kemuka Calon Baharu ?

 

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow