Tawau, Semporna rasai gegaran

TAWAU: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 Skala Richter di kawasan Semenanjung Minahassa, Sulawesi turut menggegarkan daerah Tawau dan Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi pada jam 8.12 malam dengan kedalaman 115 kilometer itu tidak menyebabkan ancaman Tsunami.

Di daerah ini, gegaran daripada gempa bumi itu dirasai kira-kira 10 saat menyebabkan orang ramai panik seketika namun aktiviti kemudian berjalan seperti biasa.

Penghuni Flat Seri Titingan, Hussin Hassan, 56, berkata, gegaran itu menyebabkan penghuni bergegas turun bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Setiap kali ada gegaran, penghuni flat ini pasti akan merasainya, namun selepas gegaran berhenti dan keadaan kembali normal dan selamat, kami naik semula ke rumah,” katanya.

Akhabr BHONLINE di sekitar bandar Tawau mendapati keadaan berjalan biasa dan orang ramai meneruskan aktiviti masing-masing termasuk membeli belah di pasar raya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad, ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima panggilan kecemasan atau laporan kerosakan dan kemalangan akibat gegaran gempa berkenaan. BHOnline


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow