Tempat letak kereta bertingkat Terminal Bas KK Sentral dibuka

KOTA KINABALU: Orang ramai kini boleh menggunakan tempat letak kereta bertingkat di Terminal Bas KK Sentral (KKS) bersebelahan Wawasan Plaza.

Pengarah Jabatan Pengangkutan dan Trafik DBKK Kalvin Liaw berkata, penggunaan tempat letak kereta itu selaras dengan pembukaan Terminal Bas baharu berkenaan.

“Sebanyak 391 lot letak kereta disediakan di terminal itu. Bayaran parkir adalah RM3 sekali masuk sehari (Isnin hingga Jumaat), RM2 sekali masuk sehari (Sabtu, Ahad dan cuti umum) atau pas bermusim RM100 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Kalvin berkata perkhidmatan City Bus juga telah memulakan laluan baharu antara Terminal Bas KK Sentral (KKS) dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) sejak 1 Julai lalu.

“City Bus memulakan perjalanan pada jam 6 pagi dari terminal bas KKS dan bas terakhir pada 10 malam dari Hospital Queen Elizabeth. Kekerapan perkhidmatan adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

“Selain itu, tambang bas yang dikenakan ialah RM1 bagi setiap perjalanan. Kadar tambang ini merupakan ‘flat rate’ pada setiap perhentian sepanjang laluan KKS-HQE- KKS,” katanya.

Beliau berkata Terminal Bas KK Sentral adalah salah satu daripada empat terminal bersepadu yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu.

“Memandangkan tiga terminal yang lain iaitu Terminal Bersepadu Selatan (Kepayan), Terminal Bersepadu Utara (Inanam) dan Terminal Bersepadu Timur (Penampang) masih belum dibina, stesen bas sementara di hadapan Marina Court/ Hotel Promenade dan Bandaran Berjaya masih lagi beroperasi seperti biasa.

“Oleh itu, orang awam boleh ke Terminal Bas KK Sentral menggunakan perkhidmatan City Bus yang beroperasi dalam kawasan Pusat Bandaraya dan HQE,” katanya.

Baca Juga:

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow