Warisan tak sertai Harapan, Kalau nak lawan saya silakan

Parti Warisan Sabah tidak akan menyertai HARAPAN.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan Warisan tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan HARAPAN.

“Terserah. Kalau mereka (HARAPAN) nak lawan dengan saya, lawanlah” —Shafie Apdal

Parti Warisan Sabah bersikap terbuka jika Pakatan Harapan meletakkan calon mereka di kerusi Semporna yang kini diwakili presiden mereka.

Bagaimanapun Mohd Shafie mengakui peluang untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti akan menjadi lebih baik jika wujud kerjasama sesama pembangkang.

Kata Mohd Shafie, langkah pembangkang bertanding di kawasan sama hanya akan memecahkan undi dan menguntungkan BN.

“Apa yang penting ketika ini ialah kita mesti menumbangkan BN,” katanya.

“Kita tidak akan ikut Harapan. Warisan sokong apa dia buat untuk tumbangkan BN, itu saja,” katanya.

Kata Mohd Shafie Warisan tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan Harapan.

Sebaliknya, kata beliau, parti itu akan kekal bebas.

Ditanya mengapa Warisan Tidak Berminat Menjadi Anggota Harapan, Mohd Shafie berkata, partinya tidak bercadang untuk bertanding di semenanjung.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow