Aktivis Sabah cadang ubah bendera Malaysia kepada 3 jalur

Aktivis-Sabah-cadang-ubah-bendera-Malaysia-kepada-3-jalur.jpg

Tiga belas jalur pada bendera Malaysia tidak relevan memandangkan Sabah dan Sarawak bukan negeri dalam Malaysia sebaliknya adalah rakan kongsi Malaya membentuk Malaysia

Seorang aktivis yang memperjuangkan Hak Sabah hari ini mencadangkan kepada kerajaan Sabah minta kerajaan Persekutuan tukar corak bendera Malaysia supaya 13 jalur yang melambangkan 13 buah negeri menjadi tiga jalur iaitu 3 negara yang membentuk “Federation of Malaysia” iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.

Menurut Musli Oli cadangan itu adalah untuk menguji sejauhmana kerajaan persekutuan benar-benar ikhlas mahu menghormati ‘status equal partner’ seperti yang termaktub dalam Malaysia Agreement 1963.

Malam tadi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi slogan ‘Malaysia Baharu’ akan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, berbanding negeri dalam Malaysia ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia Ke-55 di Padang Merdeka.

Baca Juga : Status Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu dikembalikan-Tun Mahathir

Sekadar menguji sejauhmana Kerajaan Persekutuan benar2 mau laksana janji2nya kpd Sabah dan Sarawak. Sejauhmana kepimpinan baru menghormati ‘status equal partner’ spt termaktub dlm MA63. Maksud saya equal partner dlm ertikata yg sebenarnya. Apa kata kerajaan Sabah minta kerajaan Persekutuan tukar corak bendera Malaysia (ditiru dari bendera Uncle Sam) supaya bendera baru itu menggambarkan Federation of Malaysia yg sebenarnya. Jalurnya diubah dari 13 kpd 3 jalur sahaja kerana Malaysia terdiri dari 3 negara bukan 13 negeri. Jgn minta apa2 dulu. Jgn minta royalti 20%. Jgn minta 40% cukai bersih dari Sabah. Jgn minta pan borneo. Jgn minta apa2 yg “merugikan” kerajaan Persekutuan. Cuma minta tukar bendera. Satu sen duit mereka tdk keluar. Kerajaan Sabah tanggung kos kain dan warna bendera itu. Tenguk apa reaksi mereka.

Loading...
scroll to top