Senarai penerima darjah kebesaran PGDK 2018

Senarai-penerima-darjah-kebesaran-PGDK-2018.jpg

KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) — Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah mendahului senarai 1,158 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

David Wong adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah, yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Seorang lagi penerima SPDK ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darrel Leiking pula antara 65 orang dianugerahkan darjah kedua tertinggi negeri, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut menerima PGDK ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew; Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman; Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Stephen Wong Tien Fatt.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong; Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick; Menteri Belia dan Sukan Sabah Frankie Poon; Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony; Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Uda Sulai; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Jimmy Wong dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Penerima PGDK lain ialah Abd Razak Sallim; Abdillah Abd Hamid; Abu Bakar Latip; Tamrin Mohd Jaini; Alexander Decena; Aris Malayu; Bahari Hassan; Chee Chi Vun; Chong Eng Kiow; Datu Rosmadi Datu Sulai; Duncan Sikodol; Francis Liew Kim Choong; Hamdan Ismail; Hassim Justin; Ismail Ahmad; Jamalul Kiram Zakaria; Janet Chee Ken Liam; Janice Lim Fung Ha; Jikal Gabie; Johnny@Juni Intang; Jonathan Lo Chaw Loong.

Kaim Kalimin@Karimin; Liaw Chee Shing John; Madiyem Layapan; Madrim Tasan; Manshor Mohd Jaini; Mastan Bisari (posthumous); Maureen Lind; Mazli Mazlan; Mohamad Said Hinayat; Mohd Anuar Rijaludin; Mohd Hanan Ramli; Mohd Rashid Mohd Tahir; Mohd Salleh Abbas; Musa Sulaiman; Nor Rizan Mohd Thani; Ong Hang Sheng.

Pak Chee Eng; Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; Protasius Jomoly Mukiau; Quek Siew Hau; Ramle Dua @ Ramli Dua Lee; Ruji Ubi; Sa’adilah Abdillah; Sabardin Ombrah; Sotimin Muhalip; Subramaniam V.V. Chellam; Syam Wee Wet @ Gilbert; Wong Chen Yee; Yusof Abd Abbas; Yusof Md Sait @ Mohd Said dan Zaleha Rose Pandin.

Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD), Datuk Freddie Sua pula antara 13 orang dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP).

Turut dianugerahkan JP ialah Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Elsie Primus dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud.

Selain itu, Abdul Razak Jamil; Azreena Aziz; Batholomew Jingulam; Hassan Basri Aplasin; Jakariya Ab Jalil; Koh Siew Eng; Mathew Willie; Sazalye Dondol Abdullah dan William Michael Mojilip.

Sejumlah 119 individu menerima gelaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Timbalan Menteri Tenaga Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar); Azhar Matussin (Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian); Assaffal @ Samsul Kamal P Alian (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).

Dr Daud Yusof (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan); Norazlinah Arif (Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat); Jenifer Lasimbang (Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi); Jannie Lasimbang (Pembantu Menteri kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri); Loretto Padua Jr (ADUN dilantik) dan Terrence Siambun (ADUN dilantik).

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Amarjit Singh pula antara 252 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Sementara itu, sejumlah 234 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 333 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 141 orang menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

— BERNAMA

Loading...
scroll to top