Waris kanak-kanak lelaki ditinggalkan ibunya dicari

Waris-kanak-kanak-lelaki-ditinggalkan-ibunya-dicari.jpg

KANAK-KANAK lelaki berumur 5 tahun yang diserahkan ibunya sejak berumur 2 bulan.

BELURAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran sedang mengesan keluarga ataupun waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang ditinggalkan ibunya.

Pelindung Asmad Nasir berkata usaha ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyerahan kanak-kanak terbabit berdasarkan laporan pengadu bertarikh 12 April 2018.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya hasil temuduga yang dijalankan, pengadu melaporkan bahawa pada 31 Disember 2013 kira-kira jam 10 pagi bertempat di kediamannya Taman Sungai Labuk di sini, telah dihubungi oleh Puan Ana memaklumkan kepada pengadu sekiranya ingin dan mahu menjaga

seorang kanak-kanak berumur 2 bulan iaitu anak Puan Ana sendiri.

Pada 1 Januari 2014, pengadu telah pergi ke rumah Puan Ana di perumahan flat tidak bernombor, Batu 3 Jalan Bomba Sandakan untuk berjumpa dengan

Puan Ana seterusnya mengambil dan menjaga kanak-kanak itu selepas diserahkan kepadanya tanpa sebarang dokumen kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, Asmad meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan kes ini.

“Untuk sebarang maklumat mengenai perkara ini, boleh menghubungi saya di pejabat melalui talian 089-518301,” katanya. – UTUSAN BORNEO

Loading...
scroll to top