11 Tuduhan Merogol Gadis 14 Tahun

11-Tuduhan-Rogol-Gadis-14-Tahun.jpg

PULAU PINANG 29 Nov – Seorang lelaki dihadapan ke dua Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas 11 pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur berusia 14 di sebuah rumah di Bayan Lepas di sini antara Ogos hingga November tahun ini.

Tertuduh yang juga seorang Pengawal Keselamatan, Maezmande Latif, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid dan lima pertuduhan dihadapan Hakim Irwan Suaibon.

Semua pertuduhan terbabit dibuat dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Roslan dan Irwan kemudiannya menetapkan 10 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula terhadap semua kes berkenaan.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nurul Huda Idris dan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Merysia Maklin manakala tertuduh tidak diwakiki peguam. – UTUSAN ONLINE

Loading...
scroll to top