Dr Mahathir setuju Sabah, Sarawak dipanggil wilayah bukan negeri

dr-mahathir-mohamad.jpg

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Dato Sri Richard Riot Jaem

Dato Sri Richard Riot Jaem

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem mendedahkan bahawa pada 13 September lalu beliau bersama Ahli Parlimen dari Sarawak telah berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam pertemuan itu meminta agar hak-hak Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan.

“Kita meminta Tun Dr Mahathir mengambalikan hak-hak Sarawak seperti dalam MA63 kerana ia adalah milik kita.

“Dalam pertemuan itu juga beliau (Dr Mahathir) bersetuju supaya Sarawak dan Sabah dipanggil wilayah bukan negeri,” katanya.

Beliau berkata apabila bercakap mengenai hak-hak Sarawak, perbezaan ideologi politik, agama dan kaum perlu diketepikan sebaliknya berjuang sebagai rakyat Sarawak yang bersatu.

Loading...
scroll to top