Nafsu Buas Abang Kandung

Nafsu-Buas-Abang-Kandung.jpg

Siuspek ditahan polis bantu siasatan

BETONG: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai merogol adik perempuannya sendiri sehingga melahirkan seorang bayi, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, mangsa melahirkan anaknya di dalam sebuah kereta.

“Kes ini menjadi pengetahuan umum apabila mangsa berusia 17 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Sri Aman setelah bersalin.

“Hasil maklumat diperolehi daripada mangsa, didapati remaja terbabit menjadi mangsa nafsu buas abang kandungnya sendiri yang melakukan perbuatan terkutuk itu pada April tahun lalu di sebuah sekolah dekat Pusa, Betong.

“Pada mulanya, mangsa berusaha menyembunyikan perkara itu sehingga mangsa melahirkan anak di dalam kereta,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, polis bertindak menangkap abang kandung mangsa berusia 35 tahun di sebuah rumah di Debak pada jam 6.40 petang kelmarin.

Abang mangsa kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Loading...
scroll to top