Pesawat Terhempas: Hanya 3 Pemain Terselamat

Pesawat-Terhempas-Hanya-3-Pemain-Terselamat.jpg

Laporan terbaru mengesahkan 76 maut, 5 terselamat pesawat terhempas

Berita Terkini Pesawat Terhempas yang membawa kelab pasukan Brazil

Bogota: Sebuah pesawat penerbangan khas membawa satu pasukan kelab bola sepak Brazil terhempas di kawasan pergunungan di Colombia awal semalam, menyebabkan 75 orang terbunuh.

Laporan terkini CNN mengatakan tiga pemain bola sepak, dua kakitangan pesawat dan seorang wartawan yang menaiki pesawat tersebut ditemui masih hidup di lokasi kejadian.

Pesawat penerbangan khas syarikat LAMIA itu menghantar isyarat kecemasan sekitar jam 10 malam waktu tempatan (Selasa 11 pagi, waktu Malaysia), melaporkan ia menghadapi masalah elektrik dan terhempas sejurus selepas itu berhampiran bandar Medellin.

Pesawat berkenaan membawa pemain dan pegawai pasukan Chapecoense Real, kelab bola sepak Brazil yang sepatutnya bertanding dalam perlawanan akhir Copa Sudamericana hari ini, menentang Atletico Nacional dari Colombia.

Selain 72 penumpang, pesawat itu juga membawa sembilan anak kapal.

“Kami berjaya menyelamatkan enam orang tetapi seorang daripada mereka mati dalam perjalanan ke hospital,” kata ketua polis, Jose Gerardo Acevedo.

Antara yang terselamat ialah Alan Ruschel, 27, pemain pertahanan pasukan Brazil itu.

Dua lagi pemain ialah Marcos Danilo Padilla dan Jackson Follmann – yang terselamat dan dibawa ke hospital tempatan bersama seorang kakitangan pesawat dan seorang wartawan.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain, Helio Hermito Zampier Neto, juga ditemui mangsa terselamat.

Pesawat itu berlepas dari Sao Paulo, Brazil sebelum berhenti di Santa Cruz, Bolivia dan menyambung penerbangan ke Rionegro, bandar berhampiran Medellin.

Ia terhempas kira-kira 50 kilometer dari Medellin, bandar kedua terbesar Colombia.

Elkin Ospina, datuk bandar La Ceja, bandar berhampiran tempat kejadian berkata, kawasan pergunungan itu setinggi 3,300 meter dari paras laut dan sukar untuk dijejaki.

Pasukan penyelamat yang membawa pengusung terpaksa berjalan kaki selama lebih setengah jam sebelum tiba di tempat pesawat itu terhempas.

Menurut Ospina, cuaca buruk merumitkan tugas mencari dan menyelamat.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) secara rasminya membatalkan perlawanan akhir sehingga diberitahu kelak.

Chapercoense yang dianggap kelab kecil bola sepak Brazil memasuki perlawanan akhir selepas mengalahkan pasukan San Lorenzo dari Argentina.

BACA JUGA : Pesawat Bawa Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas Di Colombia

Sembilan pemain pasukan itu tidak terbang ke Colombia semalam.

Dua minggu lalu, pesawat sama digunakan untuk membawa pasukan kebangsaan Argentina, termasuk Lionel Messi, ke San Juan, Argentina, untuk satu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia.

Loading...
scroll to top