Tentera Filipina Bom Rakan Sendiri

Tentera-Filipina-Bom-Rakan-Sendiri.jpg

Tentera Filipina Bom Rakan Sendiri

Marawi: Serangan udara tentera Filipina yang menyasarkan kumpulan militan di bandar ini menyebabkan 11 askar negara itu terbunuh, kata pihak berkuasa semalam.

Pada masa sama, tentera Filipina juga mengaku, ratusan militan yang bersenjata mungkin sudah melarikan diri.

Kematian akibat tersilap serangan itu meningkatkan jumlah kematian sejak kumpulan militan berkenaan mula mengganas di bandar Marawi minggu lalu kepada 171.

Sejurus selepas keganasan meletus, Presiden Rodrigo Duterte menguatkuasakan undang-undang tentera di seluruh Mindanao, pulau di selatan negara itu yang mempunyai 20 juta penduduk.

Menurutnya, ia bertujuan menghalang Daish daripada mewujudkan pangkalan di situ.

Dakwaan tentera kerajaan menguasai sepenuhnya keadaan di Marawi menerima tamparan apabila pegawai kanan pertahanan berkata, 11 askar terbunuh dalam kesilapan melakukan pengeboman kelmarin.

“Sungguh menyedihkan, serangan terkena tentera kita sendiri. Ia biasa terjadi dalam peperangan,” kata Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana kepada wartawan di Manila.

Dia juga berkata, ramai militan mungkin sudah melarikan diri walaupun sekatan jalan raya diadakan di bandar dan kawasan sekelililing.

Menurutnya, terdapat kira-kira 500 militan ketika kekacauan bermula dan kini hanya 50 dan 100 dipercayai masih berada di Marawi.

Menurut tentera, 120 militan ditembak mati sepanjang keganasan, bermakna kira-kira 330 lagi melarikan diri.

Meningkatkan kebimbangan mengenai ancaman Daish, Lorenzana berkata, militan dari Arab Saudi, Chechnya, Yaman, Malaysia dan Indonesia adalah antara miltan yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera.

Lorenzana berkata, serangan udara mungkin dihadkan selepas ia meragut nyawa anggotanya sendiri.

Loading...
scroll to top