Ini rupanya punca Sebenar Anifah Aman Keluar UMNO

Anifah-aman.jpg

Dato Sri Anifah Aman menyerah memorandum MA63 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016. Turut kelihatan Turut kelihatan pada gambar adalah Saudara Ansari (Kiri) seorang peguam dan aktivis Hak Negeri Sabah dan juga Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Kanan)

UMNO, BN gagal tunai janji dalam MA63 – Anifah

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berkata keputusannya keluar UMNO kerana Barisan Nasional (BN) gagal menunaikan janji dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan, perjuangannya bagi mendapatkan hak untuk rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 tidak akan membuahkan hasil.

“Saya mengambil keputusan ini kerana pernah berjanji kepada pengundi di Parlimen Kimanis dan rakyat Sabah secara keseluruhannya sebelum ini bahawa saya akan meletakkan jawatan di dalam parti sekiranya UMNO dan BN gagal menunaikan janji dalam perkara berkaitan MA63.

“Saya berpegang erat kepada apa yang saya janjikan sebelum ini iaitu saya akan meletakkan jawatan sekiranya perjuangan saya untuk rakyat Sabah di bawah payung parti ini tidak dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, walaupun tidak lagi bersama UMNO, beliau akan tetap meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat.

BACA JUGA: Penglibatan Anifah Aman Selidik Perjanjian Malaysia Disalahtafsir

Katanya, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dalam mengetengahkan kepentingan dan harapan pengundi di kawasan Parlimen Kimanis.

“Perjuangan saya di dalam politik selama ini adalah sangat jelas. Saya bertegas mahukan rakyat Sabah mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanakan sepenuhnya, tanpa sebarang dalih dan alasan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana-mana pihak sama ada di dalam atau di luar parti.

“Pada masa yang sama, pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus komited dalam melaksanakan janji mereka terutama mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63,” katanya.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan kepemimpinan parti dan BN di atas kepercayaan serta sokongan terhadapnya selama ini.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong terutama ahli UMNO Bahagian Kimanis dan Kepimpinan UMNOBahagian Kimanis atas segala keyakinan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini,” katanya.

Anifah sebelum ini mengesah beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli MKT UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan sebagai ahli parti berkuat kuasa serta-merta. – BH Online

Loading...
scroll to top